Masa: 60 minit (2 waktu)
| FASA | CADANGAN AKTIVITI | CADANGAN KOMUNIKASI |
| 1. Persediaan - Memerhati - Menyoal Indikator 1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. | Murid dibawa ke dua lokasi iaitu di luar kelas dan dalam kelas. Guru menyoal untuk menimbulkan perasaan ingin tahu murid. Murid membuat pemerhatian | Di luar Kelas 1. Cuba perhatikan pada lantai di tempat kamu berdiri.Apa yang dapat kamu perhatikan? Di dalam kelas 1. Adakah situasi yang kamu perhatikan di luar kelas tadi sama dengan di dalam kelas sekarang? |
| 2. Imaginasi - Meneroka - Meramal - Merancang - Membuat hipotesis Indikator 2.1.1 Menghasilkan idea yang bermakna. 2.1.4 Mencari hubungkait , gabungjalin atau corak berdasarkan maklumat yang ada. | Guru menyediakan beberapa bahan yang berlainan. i. Plastik jernih ii. Gelas iii. Buku iv. Pemadam v. Pembaris vi. Lampu suluh Murid-murid merancang dalam kumpulan untuk menguji kewujudan bayang-bayang. Hasil penyiasatan direkodkan dalam Lampiran 1. | 1. Apakah yang kamu perhatikan? 2. Objek manakah yang dapat menghasilkan bayang-bayang? 3. Objek manakah yang tidak menghasilkan bayang-bayang? |
| 3. Perkembangan - Menguji hipotesis Indikator 3.1.2 Mengubahsuai idea 3.1.4 Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea. | Murid menjalankan penyiasatan untuk menguji hipotesis dan merekod hasil dapatan. Murid membina / mencipta bayang-bayang mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.(menggunakan jari) Contohnya :
Murid-murid melakar kembali bentuk bayang-bayang yang terhasil dalam Lampiran 2. | Anda diberi masa 20 minit untuk menjalankan aktiviti ini. Apakah bentuk-bentuk yang dapat dihasilkan oleh kumpulan kamu? Bolehkah kamu melukis bentuk bayang-bayang tersebut dalam lampiran 2. Adakah bentuk tersebut mempunyai bayang-bayang yang jelas? |
| 4. Tindakan - Membuat kesimpulan - Melapor Indikator Amalan 4.1.1 Menghuraikan idea dengan terperinci 4.2.1 Peka kepada perkara sekeliling | Murid-murid memberikan contoh objek yang boleh membentuk bayang-bayang dan objek yang tidak boleh membentuk bayang-bayang Guru membantu murid-murid membina idea tentang perkaitan antara objek yang boleh membentuk bayang-bayang dengan objek yang tidak membentuk bayang-bayang. | Namakan objek yang membentuk bayang-bayang? Namakan objek yang tidak membentuk bayang-bayang? Adakah objek yang jernih menghasilkan bayang-bayang? Adakah objek yang gelap menghasilkan bayang-bayang? Bolehkah anda jelaskan tentang bahan-bahan yang membentuk bayang-bayang? |
| Pentaksiran | Murid berupaya meramal, meneroka ,mengeksperimen KPS: Memerhati,mengeksperimen,merekod data,membuat kesimpulan | |
| Nilai dan Sikap | Bekerjasama, jujur dalam merekod hasil dapatan | |
| Elemen Merentas Kurikulum | Kreativiti | |